OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Pokemon Go merupakan salah satu
permainan yang diperkatakan ramai sejak beberapa minggu lepas, atau pun sejak
bulan Julai.Permainan ini menawarkan kaedah permainan dengan integrasi dunia
nyata dan maya, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang serba-baru. Saya
amat terkejut apabila anak saya memuatkan permainan Pokemon Go he dalam
handphone saya, tetapi telah pun dibuang.[1]
Menggunakan aplikasi Pokemon Go
ini, ia membolehkan pengguna menangkap pelbagai Pokemon yang terdapat di
sekeliling berdasarkan kepada lokasi GPS, disamping turut meletakkannya pada
Gym untuk bersaing dengan pasukan lain. Secara tidak langsung, ia juga turut
mengalakkan pengguna untuk bergerak dan bersenam dengan berjalan dari satu
lokasi ke lokasi yang lain – tetapi seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk
berhati-hati ketika berjalan di luar, serta peka dengan keadaan sekeliling.