Isnin, 11 Mei 2015

Reaksi masyarakat Algeria terhadap kuasa Barat.

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Algeria abad ke-19-20
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke 16 hingga 19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah Perancis selama I32 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1827 tentera Perancis mula menceroboh Algeria.Serangan Marshall Bugeud ke atas Sidi Faraj 13 Jun 1830 telah membawa kepada penjajahan Perancis.[1]

Penaklukan Perancis di Algeria 1830.
 Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan. Bahasa perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. polisi ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria.

      Perancis memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk membuka kebun kerana keluasan tanahyang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota di Algeria.

   Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira Rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Dasar perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat tempatan kerana hak mereka telah dirampas.

      [2]Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.

Penentangan oleh Syeikh Abdur eader ar-lazair,Gabenor Mascara pada tahun 1832.
Sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berraku di Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara Sejuta Syuhada' .

Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul Hamid Ben Badis.
Keahlian terdiri daripada guru-guru agama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam. Gerakan ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat menjadi alat penjajah Perancis.

Penaklukan Jerman ke atas Algeria - era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.

Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945.
Apabila Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun,kemuncaknya tentera Perancis telah melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.Ekoran itu, segala aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara.Penentangan semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.

Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi Algeria).
1950an, gerakan nasionalisme Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat nilai Islam  yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. perang gerila (perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan peperangan berdarah dan sengit.

Pelindung pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang gerila. perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak dan gas asli.

Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramaidi mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5 Julai 1962.

Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan.Perancis meletakkan syarat kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui peranjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962.

      Perjuangan kemerdekaan selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh. Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.

Algeria Selepas Era penjajahan.
FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas pelajar di sekolah perancis) sebagai presiden Algeria pertama. Beliau mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan.

FLN muncul sebagai parti yang mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Kol. Hawari Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar anti-penjajah  dan sistem satu parti iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.

Gerakan  Islam Algeria.
 Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan
FIS mengejutkan dunia Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 192.
[2] “Reaksi Masyarakat Tempatan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),112.

Sabtu, 9 Mei 2015

SENI BINA Andalusia abad ke - l3M dan India abad ke-16 hingga 17M.

SENI BINA
Andalusia abad ke - l3M dan India  abad ke-16 hingga  17M.
a) Ciri-ciri senibina di Andalusia.
Pengenalan kesenian Islam
Kesenian  tidak bercanggah  dengan Islam selagi tidak disalahgunakan.  Sebaliknya,  ke senian  Islam dapat membawa dan membimbing  manusia  ke arah ketaqwaan  dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Seni yang diterima  oleh Islam adalah berdasarkan  kepada nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak.Seni di dalam Islam tidak berslogan'seni untuk seni  tetapi sebagai 'seni kerana Allah untuk manusio,  makhluk dan alam sekitar.
. Seni bina membawa  maksud  keindahan  yang dicetuskan daripada  kemahiran dalam binaan,  reka bentuk binaan  dan pertukangan.
Seni bina merupakan  sebahagiandaripada  bidang seni dan salah satu cabang kebudayaan  dan tamadun yang dihasilkan oleh manusia.
Ibn Khaldun  menyatakan  bahawa  seni bina adalah salah satu ciri ketamadunan  yang penting kerana ia merupakan  lambang dan tanda kegemilangan sesuatu bangsa aatat tamadun.
Binaan terawal dalam Islam adalahKaabah yang merupakan binaan  terpenting dalam proses  permulaan  Islam.[1]
Ciri-ciri seni bina di Andalusia  :
a. Reka bentuk Islam
- istana, kota-kota  dan kubu khasnya Alhambra  (The Artistic Genius of Muslim Spain).
b. Binaan yang unik - menara
c. Reka bentuk masjid- mihrab  dan dinding
d. Konsep  ruang dalam pembinaan  bangunan – ciri keterasingan ruangan al-Hukmi (Baitul Hukmi) ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj),Taman  Singa (Hausyus Sibb), ruangan dua perempuan bersaudara (Baitul al-Ukhtain) dan ruangan bersiram  (Hausy  ar-Raihan). Ruangan lain termasuk ruang istirehat sultan dan permaisuri, ruangan duta, ruangan as-Safra, ruangan Barkah dan ruang Masjid al-Mulk.[2]
e. Kesenian  Granada
f.  Kesenian Mudejar
g. Binaan  yang berkualiti tinggi sehingga bertahan berabad lamanya.
h. Pengaruh asing dalam  senibina - pengaruh Kristian
i.  Dihiasi dengan reka bentuk  geometri yang halus dan kompleks  serta disulami  dengan motif flora dan tulisan khat atau kaligrafi  ayat-ayat quran  yang indah.



[1]“Seni Bina”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),101.
[2] Ibid,102

Ahad, 3 Mei 2015

TUAN PENDETA-ACAI

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB.
      Tuan Pendeta merupakan kartun bersiri bercorak purbawara yang dicipta oleh kartunis ACAI dalan Ruangan 5Minit Kosmo. Menurut Yusuff Nawi atau ACAI kartun bersiri setiap Sabtu dalam Kosmo 2 mula dicipta pada tahun 2005.[1] Kini siri Tuan Pendeta telah masuk sedekad lamanya.Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Tuan Pendeta bermaksud golongan cerdik pandai dalam ilmu persuratan. Mereka ialah golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang keseniaan, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini sangat sedikit bilangannya. Mereka menjadi pakar rujuk kepada raja dan kalangan istana, di samping menjadi penulis dan perawi Diraja. Menurut Kamus Dewan pula pendeta bermaksud orang yang banyak ilmu atau orang pandai-pandai.[2]

      Watak Tuan Pendeta digambarkan oleh ACAI sebagai seorang pendeta yang sentiasa memakai songkok sebagai lambang budaya Melayu. Tema utama yang diutarakan oleh ACAI dalam karyanya ialah Tuan Pendeta ialah kebijaksanaan seorang pendeta untuk menyelesaikan semua masalah penduduk kampung yang dikemukakan kepadanya. Contoh isu-isu semasa seperti ponteng puasa di bulan Ramadan, isu perkahwinan, isu kahwin dua, masalah kanak-kanak takut berkhatan, masalah banjir, masalah penyakit berjangkit.    




[1]Temu ramah dengan ACAI pada  24 April 2015.
[2] Kamus Dewan, 1006.

SARIP SEORANG SENIMAN- ACAI

 ULASAN KARTUN ACAI SIRI 4

OLEH AHMAD BIN YAAKOB.
ACAI atau Yusuff Nawi mula mencipta karakter kartun bersiri Sarip Seorang Seniman sejak bulan Mei tahun 2005.[1] Kartun bersiri ini disiarkan di dalam akhbar Kosmo .Menurut Acai kartun bersiri ini memaparkan watak Sarip seorang seniman yang hidup di bandaraya Kuala Lumpur. Kisah hidup Sarip diwarnai dengan kisah-kisah persahabatan, cabaran seorang seniman, mencari pelakon bakatbaru dan persoalan  isu semasa dalam kehidupan seharian bersama kawan-kawannya seperti watak Nawie. Dalam Sarip Seorang Seniman Siri 2, Sarip cuba menghiburkan sahabat baiknya Nawie dengan membacakan sajak ciptaannya sehingga larut malam. Akhirnya Sarip pula yang tertidur di katil pesakit.Sifat budiman Sarip ini tidak disenangi oleh jururawat hospital yang bertugas pada hari itu kerana perbuatan Sarip tidur di katil pesakit boleh menjejaskan kesihatan pesakit.

Sumber ACAI- Koleksi Sarip siri 2.[2]

      Tahun 2015 kos sara hidup meningkat dan banyak harga barang keperluan harian naik.Sarip yang bimbang tentang kenaikan kos sara hidup telah menelefon sahabatnya Nawie memasak makanan untuk makan malam. Tujuannya ialah untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Tetapi dasar penjimatan tersebut tidak menjadi kerana Sarip membawa balik dua orang kawan untuk makan malam  bersama dirumah mereka.




[1]Temu ramah ACAI pada  16 April 2015.
[2] Ibid

ULASAN KARTUN SENDAL -ACAI SIRI 2

OLEH- AHMAD YAAKOB.


ACAI atau Yusof Nawi merupakan kawan sekelas saya mulai Tingkatan 1RK hingga Tingkatan 3 RK, di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh, Kelantan.Menurut ACAI ruangan SENDAL dalam 5 Minit akhbar  Kosmo diwujudkan untuk memberi pendapatan tambahan kepada pelukis-pelukis kartun yang bekerja dengan akhbar tersebut. Konsepnya terbuka kepada apa-apa sahaja karya samada berdasarkan isu semasa atau tidak. SENDAL merupakan ruangan tetap yang diterbitkan pada hari Isnin hingga Jumaat dalam ruangan 5Minit Kosmo. Antara kartunis yang melukis dalam ruangan ini ialah Dee, ACAI dan Kazim.


      Dalam SEDAL yang disiarkan dalam Kosmo Jumaat 17 April 2015 ACAI mengetengahkan isu kepentingan behenti merokok.Rokok merupakan barang yang dikenakan cukai yang tinggi setiap tahun. Oleh itu merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah seperti membakar duit. Pada bulan September 2014 harga rokok naik lagi sehingga Rm13 sekotak melibatkan jenama rokok seperti ;Peter Stuyvesan,Pall Mall,Rothmans,Kent, Benson & Hedges, Dunhill dan Lucky Strikes ACAI cuba menggambarkan seorang bapa yang ingin berjimat RM500.00 sebulan dengan berhenti merokok. Tetapi si isteri lebih bijak dengan meminta setiap awal bulan duit budget rokok sebanyak RM500.00 daripada suaminya.

KARTUN BERSIRI JUSUH.NET LEBIH SEDEKAD MENGHIBURKAN MASYARAKAT

ULASAN KARTUN ACAI-  SIRI 1

.OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Yusuf Nawi atau Acai memulakan kerjaya sebagai kartunis sejak dibangku sekolah lagi, iaitu ketika berumur 15 tahun. Pada tahun 1979, ketika menuntut di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh beliau mula menghantar karya-karya kreatif kartunnya untuk disiarkan dalam Majalah Gila-Gila, Batu Api dan banyak lagi.Pada peringkat awal beliau menggunakan nama pena YUSNA. Singkatan Yusuf Nawi.Ketika di Tingkatan 3 Khas, Acai mengasah bakat kartunnya di dalam SUARA KAMIL, iaitu majalah tahunan Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh Kelantan.

      Menurut Mohd Yusuf Nawi atau Acai beliau mula melukis siri kartun JUSOH.NET lebih kurang pada tahun 2001. Kartun JUSUH.NET ini disiarkan setiap hari Sabtu dalam ruangan Com Komik Utusan Malaysia. Kini usia kartun bersiri JUSOH.NET telah menjangkau 14 tahun. Dalam tepoh lebih sedekad ini ACAI melalui siri kartun JUSUH.NET  telah berjaya mengeletek hati pembaca Utusan Malaysia pada setiap hari santu.Siri kartun ini memaparkan kisah Jusoh seorang juruteknik komputer dan penjual komputer dan perisian komputer yang baik hati dan sentiasa cuba memahami isi hati pelanggan.
[ACAI atau Yusuf Nawi merukan ahli Grup Kamil 1977-79 dan merupakan kartunis terkenal tanahair yang aktif melukis hingga sekarang]

Jumaat, 1 Mei 2015

PELAJAR TINGKATAN 1 KHAS SMK KAMIL TAHUN 1977

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB


      Pelajar-pelajar Kelas 1 Khas Sekolah Menengah Kamil tahun 1977 diambil dari pelajar lepasan darjah 6 dari seluruh jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Contohnya saya dari Sekolah Kebangsaan Lelaki, Pasir Puteh, Noor Azimah binti Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Perempuan, Pasir Puteh. Manakala pelajar-pelajar lain kawasan Selinsing ialah Rahim Yunus, Mohd Roslee, Ramlee Ismail dan Salahudin Md NooPada tahun 1977, kami pelajar-pelajar lelaki yang belajar di tingkatan 1 masih lagi memakai seluar pendek berwarna hijau dan baju kemeja lengan pendek berwarna putih.
Duduk dari kiri En. Mahmud, Cik Nga Johnson, En Muthu,Zanora Zakaria, En Rahim Muhammad, Ustaz  Hasbullah Cik Nik Aida dan Azmi Md Noor.
Barisan tengah Zawawi Ibrahim, MdNoor Mahmud,Hussin Khan, T.Roslina, Adibah, Rosmah, Nur Azina,, Noor Azimah Abdullah, Shamsiah Musa, Wan Nurmahizan, Mohd Roslee, Affendi, Abdul Nasir Abdullah .
Barisan belakang, Meli Omar, Yusof Nawi, Ahmad Zunaini, Kamarul bahari, Tengku Asmihan, Zainal Kefli Hussin, Mazlan Mustapa, Rozlan Abu Bakar,Ahmad Yaakob, Salahuddin Md Nor, Rahim Yunus dan Azmee Ismail.