Khamis, 30 April 2015

Tingkatan 1 Khas Kamil 1977 dalam Kenangan.

.Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
      Hari isnin minggu ketiga Penggal1  Pesekolahan  tahun 1977,aku mula mendaftar diri di SMK Kamil, Pasir Puteh untuk memulakan persekolahan di Tingkatan 1 Khas; iaitu Kelas Rancangan Khas bagi pelajar yang gagal ke sekolah asrama penuh.Sekolah Menengah Kamil merupakan bekas sekolah beraliran Inggeris dan sekolah terbesar di bandar Pasir Puteh. Berbasikal ke sekolah baru membelah kesejukan angin pagi aku rasa agak menyeronokkan.Ini kerana sudah dua minggu aku mengayuh basikal pada waktu tengah hari ke Sekolah Menengah Tok Janggut yang jaraknya empat batu dari rumah. Jarak Sekolah Menengah Kamil pula cuma tiga batu dari kampungku Kampung Gong Chapa.


      Apabila masuk mendaftar ke Tingkatan 1 Khas kelas aku cuma kenal seorang sahaja iaitu Nurazimah Abdullah budak kampung aku yang turut terpilih ke Kelas Rancangan Khas. Tidak ramai pelajar yang mendaftar masuk ke kelas 1Khas ketika itu. Kawan lelaki  pertama aku kenal pada pagi itu  ialah Rosli. Setelah bertegur sapa dan bekenalan kami sama-sama ke tandas di tingkat 1 dan tersalah masuk tandas perempuan. Kami sama-sama panik,nasib baik tidak ada pelajar perempuan yang masuk tandas ketika itu. 
Foto- Sumbangan Puan Zanora Zakaria
Inilah Makmal lama tempat kami pelajar-pelajar pelopor Kelas Rancangan Khas pertama di Sekolah Menengah Kamil belajar. Makmal lama yang dijadikan kelas ini menyimpan banyak kenangan pahit manis  kami selama setahun belajar di sini.Bersebelahan makmal ialah kebun getah, kini tiada lagi.

Rabu, 29 April 2015

KARTUNIS ACAI DAN ISU KWSP

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

KUALA LUMPUR: Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun.Dalam catatan di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun.
"KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun sepertimana, pandangan sesetengah fan FB KWSP yang mencurigai cadangan ini.

"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun," katanya di laman Facebook berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.[1]

      Menurut ACAI mulai alaf baru beliau meneruskan minat dalam dunia kartun di Malaysia yang semakin suram dengan melukis di ruangan SENDAL di KOSMO, kartun bersirinya Sarip Seorang Seniman dan Tuan Pendeta. Tuan Pedeta merupakan kartun bersiri bercorak purbawara  yang jarang dilukis oleh kartunis alaf baru.[2]
  
Ruangan SENDAL turut digunakan oleh Yusuf Nawi atau ACAI untuk menyentuh isu had umur unuk pencarum mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Watak tanpa nama dalam ruangan SENDAL menyangka pakcik yang ditemuinya sudah mengeluarkan duit carumannya di KSWP kerana perawakanya yang botak dan gemuk kelihatan seperti seorang yang berusia 55 tahun. Sedangkan umur sebenarnya baru mencecah 45 tahun. SENDAL Jumaat 24 April 2015 juga digunakan oleh ACAI untuk membicarakan kebimbangan si isteri suami mereka akan menggunakan wang KWSP untuk kahwin seorang lagi. Dalam siri JUSOH NET, ACAI juga memuatkan isu had umur untuk mengeluarkan caruman KWSP.








Penulis menemu ramah ACAI rakan sekelas di tahun 1977-1979 di SMK Kamil Pasir Puteh.
Temu ramah ini dilakukan di Kafe KPM, Putrajaya.

Dalam ruangan Sarip Seorang Seniman keluaran Ahad 26 April, ACAI  turut menyentuh isu  penggunaan wang KWSP bagi pencarum yang telah berusia 55 tahun. Jiran Sarip yang telah genap 55 tahun menggunakan duit KWSP untuk membeli kereta secara tunai. Tetapi Sarip lupa beliau tidak boleh iri hari dengan jirannya kerana beliau bekerja sendiri dan tidak mempunyai caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Melalui watak Sarip ACAI cuba mengkritik sikap orang-orang Melayu yang iri hati dengan kelebihan yang ada pada jiran sebelah rumah.  





[1]http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengeluaran-pada-umur-60-tahun-kami-tiada-agenda-tersembunyi-kwsp-,1.
[2] Temu ramah dengan ACAI pada 24 April 2015