OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Siri Sarip Seorang Seniman dalan Ruangan
Rehat Minda, Kosmo Ahad 18 Oktober 2015 bertemakan Tahun baru Hijrah 1437 Hijrah.
Zaman alaf baru ini kita sering terleka dan melupakan sambutan tahun baru
Hijrah. Berbeza dengan sambutan tahun baru Masihi yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat
manusia seluruh dunia.
Sambutan tahun baru Hijrah dimulakan oleh
Khalifah Umar al-Khattab yang menjalankan tugas sebagai Khalifah Islam kedua
pada tahun 13H-23H.Nama sebenar Khalifah Umar ialah Umar bi al-Khattab bin
Naufal. Beliau dilahirkan pada 584 dan meninggal dunia pada 644M/23H. Antara
sumbangan utama Khalisah Umar al-Khattab ialah menjadikan tahun Hijrah
Rasulullah ke Yathrib atau Madinah sebagai tarikh permulaan perkiraan kalendar
bagi umat Islam. Pengenalan takwim Hijrah memudahkan catatan
peristiwa-peristiwa selepasnya. Takwim ini memudahkan umat Islam mengingati
sesuati peristiwa dan membuat catatan mengenainya.
Dalam siri minggu ini, Sarip menempelak
sahabanya Nawie yang mengucapkan selamat tahun baru kepadanya. Sarip merasa
marah kerana sekarang baru bulan Oktober 2015, sedangkan sambutan tahun baru
pada 1 Januari 2015. Tetapi Sarip terasa dirinya jahil tentang takwim Islam
apabila Nawie menegaskan ucapan tahun baru itu untu sambutan tahun baru Hijrah
1437H.